Sensasi Terkini Viral

Wak Doyok Pernah Ambil Upah Potong Rumput Ketika Hidup Susah

Siapa yang tidak kenal dengan ikon fesyen dan pengacara Wak Doyok sekarang, bermula dikenali kerana fesyennya yang lain daripada yang lain, mejadi pengacara dan kini bergelar usahawan yang agak berjaya.

Setiap kejayaan pasti bermula dari kepayahan dan pengorbanan, Wak Doyok juga berkongsi cerita saat dia hidup susah gara-gara dibuang kerja kerana keadaan ekonomi yang gawat pada 2008.

 

Sejak itu hidupnya semakin susah dan tidak terurus sehingga keretanya juga ditarik oleh pihak bank.

Menurut Wak Doyok, dia sanggup melakukan apa sahaja kerja halal demi meneruskan hidup, dia pernah mengambil upah memotong rumput di rumah orang, menjadi mekanik vespa dan membuat rumah.

Saksikan video temu bual Wak Doyok dengan MStar Online ini.

Diharapkan sekiranya sesiapa di luar sana sedang menghadapi kesulitan hidup dapat mengambil iktibar dari kisah hidup Wak Doyok dan menjadikannya sebagai dorongan untuk tidak berputus asa.

Sesungguhnya sentiasa ada jalan bagi mereka yang berusaha. –KLICK.MY

Sumber: mStar online