Sensasi Terkini Viral

Wak Doyok Dituduh Riak, Menunjuk Hadiah Banglo Untuk Mak Ayah

Untuk menjadi orang terkenal anda mesti ada telinga yang kebal, apa sahaja dibuat akan dinilai oleh netizen walaupun niat di hati tu baik, tetap disalah sangka oleh sesetengah orang yang tugas mereka mencari cela.

Ikon fesyen dan pengacara televisyen, Wak Doyok baru-baru ini berkongsi kegembiraannya kerana berjaya membina sebuah rumah banglo agam untuk mak dan ayahnya sebagai hadiah kerana membesarkannya dengan susah payah.

Wak Doyok memuat naik fotonya bersama ibu kesayangannya di laman Instagram dengan kapsyen, “Alhamdulilah berkat kerja keras selama ini. Akhirnya aku dapat juga membina sebuah banglo untuk kedua orang tua aku.

“Hanya ini sahaja sedikit jasa aku yang dapat aku bahagiakan berbanding mereka yang tidak kenal erti penat lelah menjaga aku selama ini. Insyallah ada rezeki sampai ke tanah suci pula. Jadi boleh lah mereka sambut hari raya pada tahun ini dengan riang gembira”

Majoriti pengikutnya memberi komen positif termasuk memuji sikapnya yang tidak lupa kepada pengorbanan ibu bapa yang telah membesarkannya.

Namun seperti biasalah, ada sahaja komen dari netizen yang bersikap negatif yang sakit hati melihat kebahagiaan Wak Doyok dan menyelarnya sebagai riak dan menunjuk-nunjuk kekayaannya.

Mungkin hilang sabar dengan sesetengah komen, Wak Doyok kembali membidas golongan yang mengutuknya dengan memuat naik satu lagi gambar bersama rumah banglo dan dua biji kereta mewah.

Menurutnya, Instagram dicipta untuk berkongsi kegembiraan namun ada yang membenci, takkan lah nak post gambar tanah perkuburan pula.

Pedas juga kapsyen ditujukan kepada pembencinya tapi sesuailah kerana bak kata pepatah, haters gonna hate–KLICK.MY