Hiburan Semasa

Romantisnya Dato’ Siti & Suami Di Bumi Palestin

Romantiknya pasangan ini. Ke mana sahaja selalu berdua. Seronok tengok Dato Siti Nurhaliza dan suaminya, Dato K bercuti nun ke bumi para anbia, Palestin dan sekitarnya.

Sudah lama khabarnya pasangan ini mahu menjejakkan kaki ke Palestin dan kali ini mereka berpeluang ke sana.

Pelbagai gambar berlatarbelakangkan tempat-tempat bersejarah di sana seperti Kubah Emas, Masjid al-Aqsa dan beberapa tempat menarik lagi dikongsikan di akaun Instagram Siti.

Sebenarnya bukan mereka berdua sahaja yang pergi tetapi turut diikuti oleh ahli keluarga yang lain.

Wah, memang syok dapat jejakkan kaki ke tempat ketiga paling suci bagi umat Islam selain Makkah dan Madinah.

Apa yang menarik perhatian, bukan main mesra dan romantik gambar mereka berdua. Ala-ala macam pergi berbulan madu pula.

Moga artis kesayangan ramai ini selamat pulang selepas menikmati percutian penuh bermakna. -KLICK.MY