Hiburan Terkini

Vokalis IAmNeeta Rasa Terhina Lagu Sakit Dikatakan Milik Fathia

SELEPAS nyanyian cover Fathia Latiff bertajuk Sakit trending di media sosial baru-baru ini,  lagu milik kumpulan IAmNeeta itu menjadi lebih terkenal.

Namun timbul isu tidak sedap didengar apabila vokalis kumpulan itu, Neeta Manishaa terasa hati dan kecewa  apabila ada pihak yang salah fakta lalu mempromosikan lagu itu sebagai lagu Fathia tanpa memberikan kredit kepada kumpulannya.

Berkaitan: Suara Merdu Fathia Latiff Cover Lagu Sakit Memukau Netizen

Neeta menerusi Twitter meluahkan perasaan tidak puas hati apabila akaun media sosial rancangan hiburan terkenal, MeleTOP mempromosikan lagu itu sebagai lagu baru Fathia.

Neeta menjelaskan memang nyanyian Fathia sedap tapi pihak tersebut tidak sepatutnya memberikan informasi yang salah dan dia berasa terhina dengan kenyataan itu.

Sementara itu, Fathia turut memberikan komen terhadap Tweet Neeta itu.

Komposer lagu itu yang juga ahli IAmNetta, Patrick Anohada menjelaskan bahawa bagi dirinya tiada masalah sekiranya lagu itu disalahsangka sebagai lagu Fathia.

Sebaliknya menurut Patrick, ia bagus untuk kumpulan mereka dikenali dalam kalangan peminat yang tidak pernah mengetahui wewujudan kumpulan IAmNeeta selama ini.

“Sebenarnya kesilapan itu tidak disengajakan dan vokalis kami Neeta sedikit terasa memandangkan Sakit adalah lagu IAmNeeta. Disebabkan itu, dia menyuarakan rasa kecewa. Bagaimanapun, kami sudah memberi kebenaran kepada Fathia membuat ‘cover version’ lagu itu”

“Saya sendiri tidak sangka lagu Sakit mendapat sambutan luar biasa. Bagi saya tiada masalah pun atas kekeliruan yang berlaku. Sebaliknya ia bagus untuk kami lebih dikenali terutama pendengar tidak tahu kewujudan IAmNeeta selama ini,” katanya kepada Harian Metro.

Sejak dilancarkan empat hari lalu, muzik video nyanyian Fathia itu telah mendapat lebih 330,000 tontonan dan pernah menjadi trending nombor dua di platform muzik. –KLICK.MY

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen