Sensasi Terkini Viral

Viral Video Anggota Trafik Minta Rasuah, Polis Perak Akan Siasat!

Sejak semalam viral di media sosial sebuah rakaman video yang menujukkan seorang anggota trafik menerima rasuah.

Bertindak atas kes tersebut, polis Perak berkata akan menyiasat anggota trafik yang menerima rasuah itu.

Dalam video berdurasi enam saat itu, seorang anggota polis trafik dilihat bersalaman, dipercayai menerima suapan daripada seorang pemandu lelaki ketika menjalankan tugas.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan, berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan sedang menjalankan siasatan terperinci.

Katanya lagi, polis Perak tidak akan berkrompomi dengan isu integriti yang membabitkan anggota polis dan akan memastikan tindakan tegas diambil jika didapati melanggar peraturan tugas.

Sumber: Berita Harian Online