Sensasi Terkini Viral

Video Sekumpulan Lelaki Bergaduh Berhampiran Hospital Tular

Video yang tersebar di laman sosial menunjukkan sekumpulan lelaki kejar-mengejar dan bergaduh menjadi tular.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.15 pagi tadi, sepasukan polis yang melakukan rondaan cegah jenayah mendapati sekumpulan 80 lelaki bergaduh berhampiran Hospital Ampang.

Mereka kelihatan saling bergaduh dengan menggunakan topi keledar. Malah ada juga yang sedang memegang parang sepanjang kira-kira 54 sentimeter.

Walaupun pihak polis telah mengarahkan agar mereka bersurai, namun arahan itu tidak diendahkan. Susulan itu, dua orang yang terlibat dalam pergaduhan tersebut ditahan untuk siasatan.

Siasatan masih dijalankan dan motif pergaduhan belum diketahui. Melihat video yang tersebar, jelas kelihatan mereka tidak takut pada undang-undang sehingga berani melakukan kekacauan di kawasan umum.-KLICK.MY