Jenayah Viral

Video Rakam Warga Asing Pukau Juruwang, Songlap Duit

SEBUAH rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian pukau oleh warga asing yang dikongsi seorang lelaki dikenali sebagai YB Zack tular di media sosial.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan dua warga asing memukau juruwang wanita di sebuah pasar raya dalam kejadian Sabtu lalu.

Lelaki yang mendakwa dia adalah bapa kepada jurujual itu berkata, kejadian tersebut tidak disedari oleh sesiapa pun.

“Assalamualaikum sahabatku, tolong viralkan video ini. Kejadian pukau di Kuala Lumpur semalam oleh warga asing. Dalam video itu anak saya. Kerugian sebenar sebanyak RM1,400.

“Memang bijak mereka ini. Anak saya kena bayar ganti rugi kepada majikannya. Tidak adillah begitu, kasihan anak saya.

“Sebab itu saya viralkan agar semua orang tahu dan lebih berhati-hati,” tulisnya.

Melihat pada rakaman, warga asing tersebut kelihatan seperti berasal dari negara timur tengah. Kejadian sebegini boleh dikatakan, bukan kali pertama berlaku.

Sebelum ini sering kedengaran warga asing terutama dari negara timur tengah terlibat dalam kejadian pukau. Jadi, berhati-hatilah ketika berurusan dengan mereka. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.