Sensasi Terkini Viral

Video Prank, Shah Rukh Khan Hanya Berlakon Naik Angin Dan Dibayar?

Kecoh seantero dunia apabila video pelakon tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan naik angin dengan pengacara sebuah rancangan televisyen yang melakukan prank kepadanya.

Pelbagai komen yang mengkritik dan menyokong tindak balas aktor itu yang hampir memukul pengacara program tersebut, Ramez Galal yang menyamar dengan kostum biawak gergasi dan hendak menyerang aktor itu.

Ada yang menyatakan ia benar-benar sebuah prank namun tidak kurang juga yang berkata ia cuma lakonan semata-mata.

Bagaimanpun, Hindustan Times melaporkan reaksi SRK itu cuma sekadar lakonan dan sudah dirancang.

Menurut satu sumber publikasi Al-Alam, SRK telah dibayar sebanyak $400,000 untuk membuat penampilan di dalam rancangan itu.

Bagaimanapun, kesahihan mengenai  dakwaan itu tidak dapat dipastikan.

Namun, ketika Hindustan Times menghubungi pasukan SRK, pengurusnya Pooja Dadlani mengesahkan, “Ya, ia telah dirancang dan Shah Rukh Khan tahu dan sedang berlakon sebagai seorang yang marah.”

Bagaimanapun, dia tidak memberi sebarang pengesahan sama ada pelakon itu dibayar atau tidak oleh rancangan TV terbabit.

Sumber: Hindustan Times