Sensasi Terkini Viral

Video Pramugara AirAsia Menari Raih Lebih 16 Juta Tontonan

Kadang-kadang kita tidak nampak bakat seseorang itu sehinggalah mereka menunjukkannya. Itulah yang terjadi kepada seorang kakitangan syarikat penerbangan  AirAsia, Assraf Nasir.

Pemuda yang bekerja sebagai pramugara ini dalam diam rupa-rupanya mempunyai bakat tarian yang menarik perhatian dunia.

Ya, jangan tak percaya videonya sedang mengajuk tarian bintang dunia, Britney Spear mendapat tontonan lebih 16 juta di seluruh dunia! Malah ia bukan sahaja menjadi tular di Malaysia bahkan juga di seluruh dunia.

Dalam video tersebut, dia membuat tarian lagu berjudul Toxic dengan penuh bertenaga. Boleh dikatakan ramai yang terhibur dengan persembahan tersebut sehinggakan ia mula menular di laman sosial.

Malah, ada beberapa laman Facebook terkenal antarabangsa seperti Facebook milik Liam Dineen memuat naik video tersebut.

Wah, yang syoknya Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes turut memuji bakat yang dipersembahkan oleh kakitangannya itu dengan berkongsi semula video tersebut di Instagramnya.


Inilah orang kata untung sabut timbul untung batu tenggelam.-KLICK.MY