Hiburan

Video Muzik Zulin Aziz Tak Jadi Kahwin Cecah Lebih 1.6 Juta Tontonan

SETIAP musibah yang menimpa seseorang pasti ada hikmah di sebaliknya. Itulah yang berlaku ke atas penyanyi dan pelakon Zulin Aziz.

Sebelum ini Zulin atau nama sebenarnya Azleenda Abd Aziz pernah memberitahu majlis perkahwinannya tidak akan berlaku memandangkan hubungannya dengan kekasih sudah berakhir.

Berkaitan: “Untuk Apalah Saya Nak Buat Gimik”-Zulin Aziz Tak Jadi Kahwin

Sungguhpun begitu, Zulin tetap meneruskan sesi perkahwinan tersebut dengan menggayakan baju, pelamin dan set hantaran yang sudah disediakan untuk dirakamkan dalam sebuah video muzik sebagai kenangan.

Dia turut menukar lirik lagu yang sudah dicipta untuk bakal suaminya mengikut kesesuaian keadaan sekarang.

Selepas video muzik lagu berjudul Dan Ketika Itu dimuat naik di YouTube pada 2 November lalu, Zulin tidak menyangka ia mendapat sambutan ramai.

Zulin melahirkan rasa terima kasih kerana sokongan orang ramai terhadap video muzik tersebut.

Menurutnya, video muzik lagu tersebut bukan semata-mata mengisahkan tentang perkahwinan tidak kesampaian, sebaliknya ada mesej positif yang tersirat.

“Terima kasih untuk 1.5 juta tontonan di YouTube dalam masa empat hari dan masih trending nombor satu.

“Semoga semua yang menonton video ini di bawah lindunganNya, amin ya rab,” tulisnya di Instagram.

Sehingga kini, muzik video tersebut sudah mencapai lebih 1.6 juta tontonan dan trending nombor satu di laman YouTube. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.