Viral

Video ‘Hantu’ Wanita Menangis Di Sebuah Sekolah Di Langkawi Tular

SEBUAH klip video menunjukkan kejadian seram waktu malam yang berlaku di sebuah sekolah di Kuah, Langkawi tular di media sosial.

Video tersebut dirakam oleh dua orang pengawal keselamatan sekolah tersebut melalui telefon.

Apa yang menyeramkan, dalam klip video berdurasi 2 minit 23 saat itu, kedengaran suara seorang perempuan sedang meraung dan menangis seolah-oleh meminta pertolongan.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Mohd Iqbal Ibrahim, pihak polis telah pun dimaklumkan oleh pihak sekolah tersebut di mana kejadian tersebut berlaku beberapa hari yang lepas.

Menurutnya, pengawal sekolah telah dipanggil untuk ditemu bual pihak polis.

Hanya dua pengawal keselamatan sekolah dikenal pasti bertanggungjawab merakam video tersebut melalui telefon bimbit mereka.

Namun, menurut Iqbal sehingga kini tiada siasatan lanjutan dilakukan kerana menyifatkan perkara tersebut sebagai mistik.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ia satu ‘prank’ yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Walaubagaimanapun semasa ditemu bual polis, kedua-dua pengawal keselamatan terbabit mengatakan rakaman tersebut adalah rakaman tulen tiada suntingan yang dilakukan.

Namun, kedua-duanya sebenarnya tidak berhasrat untuk menakut-nakutkan sesiapa, namun ia berlaku secara tidak sengaja apabila ditularkan oleh adik dari salah seorang pengawal tersebut. –KLICK.MY

Sumber: Astro Awani

Tag

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.