Terkini Viral

Video Gadis Kejam Tendang Kucing Undang Kemarahan Netizen

VIDEO tindakan kejam seorang gadis berusia 15 tahun menendang seekor kucing ke dalam longkang mencetuskan kemarahan pengguna media sosial negara ini.

Menerusi rakaman dimuat naik pengguna Twitter bernama B (@bqishamin) gadis berkenaan dilihat secara sengaja menendang seekor anak kucing yang berada di tepi longkang, mengakibatkan haiwan itu tercampak lalu terjatuh.

Sebaik sahaja haiwan itu diperlakukan sedemikian, perakam dan gadis berkenaan kedengaran ketawa.

“Tak lawak la setan,” tulis B, mengecam perbuatan tersebut.

“Aku ramai je kawan geli dengan kucing tapi takdelah sampai tahap dia ni tendang bagai dahtu boleh gelak. Dik kau takde hati perut ke? Anak kucing tu jatuh longkang kot,” demikian komen lain tentang perbuatannya.

Sehingga kini, rakaman tersebut mendapat tontonan lebih 130,000 kali dan diulang siar lebih 3,900 pengguna Twitter.

Lihat rakaman di bawah:

 

Rata-rata mengecam tindakan berkenaan sebagai tidak berhati perut. Malah, netizen yang marah turut mencari dan menemui laman sosial termasuk Instagram milik gadis berkenaan.

Namun, semakan mendapati gadis berkenaan yang mempunyai bilangan pengikut lebih 2,000 sudah memadamkan semua gambar di laman sosial tersebut, dipercayai selepas menyedari dirinya kini menjadi perhatian.

Bagaimanapun, netizen tetap mengutuk keras perbuatan tersebut apabila secara “berjemaah” menyerang laman sosial gadis berkenaan dan menggesa laporan dibuat kerana melakukan kekejaman terhadap binatang.

“Seronok sangat sepak kucing nampak. Dia sedar tak netizen boleh sepak-sepak dia macam dia sepak kucing tu? Biar bodoh muka tak lawa tapi jangan perangai keji pukul binatang,” bidas Rudy.

“Nak nangis, kesiannya kucing tu, kucing aku kat rumah ada 11 ekor pun aku tak tendang macam tu, paling tidak pun aku gomol dia sebab geram,” tulis Tasha Zakaria. –KLICK.MY

Tag