Bagaimanapun, tuntutan pelakon The Red Kebaya itu terhadap ganti rugi untuk penggunaan imejnya sebanyak RM500,000, ganti rugi am, teladan dan teruk ditolak oleh mahkamah.

Mahkamah juga memerintahkan syarikat tersebut yang dinamakan sebagai defendan membayar kos kepada plaintif sebanyak RM10,950.

Selain itu, mahkamah turut menolak saman tuntutan balas Miliyasutra Sdn. Bhd. dan memerintahkan syarikat itu membayar kos RM10,000.

Vanidah atau turut dikenali sebagai Vee memfailkan saman itu atas dakwaan melanggar kontrak dan menggunakan imejnya secara salah pada 28 Oktober tahun lalu dan antara lain menuntut baki kontrak sebanyak RM265,000 dan RM500,000 sebagai ganti rugi bagi penggunaan imejnya tanpa kebenaran. –KLICK.MY

Sumber: Utusan Online