Semasa Viral

Kenapa Hidup Saya Sempit? Bisnes Gagal, Isteri Marah..

PERNAHKAH anda mengalami keadaan apa  yang diusahakan semua tak menjadi meskipun sudah dicurahkan kesemua usaha.. rumah tangga terasa ‘panas’ dan sering berantakan, ada sahaja yang yang tak kena di mata isteri.

Nak kata tak solat, ada juga solat. Memanglah rompong-rompong tapi lebih baik daripada sestengah tu yang tak solat langsung tapi.. eh bahagia pulak rumah tangga dia? Bisnes pun mencanak-canak naik. “Kenapa ujian bertimpa-timpa ni??” – pertanyaan yang sering bergulir dalam minda. 

Jika demikian keadaannya, kisah yang dikongsikan di Facebook Ustaz Ebit Liew ini mungkin jawapannya. (Sama-samalah kita muhasabah diri).

Semasa di Rnr saya nak ke tandas..tengah tunggu giliran seorang abang rambut panjang. Dia tanya saya ini ustaz ebit lew ke? Ya saya..

Dia terus peluk saya dan menangis. Saya peluknya kembali..agak lama dia menangis..terkejut juga sebab depan pintu tandas.

Sekejap lagi saya jumpa abang di luar yer.

Setelah keluar dia tunggu saya. Kenapa hidup saya sempit. Saya dah buat macam-macam perniagaan. Tapi semuanya buntu. Baru ini kedai saya di tutup. Saya rasa nak hilang arah. Isteri pun asyik marah-marah. Dia tidak bersyukur. Semuanya tak cukup. Kami boleh kata hari-hari bergaduh. Saya tak tenteram duduk rumah. Saya tak sanggup balik rumah. Kenapa ada orang yang jahat tapi kaya. Ada rumah besar. Ada kereta besar. Tak solat dan sombong tapi elok jer semua. Bahagia jer nampak. Apa saya perlu buat. Saya rasa dah putus asa dah.

Allah sayang abang. Sebenarnya abang bukan soal apa kita belum ada. Apa orang lain ada. Bukan masalah siapa dan apa kerja kita. Apa kata orang atau apa kata sesiapa. Tetapi belajar menghargai apa yang kita ada. Bukan kerana apa kita miliki tetapi kerana kenal siapa yang beri semua ini. Allah yang beri. Pasti tak pernah tersilap dan terkurang. Pasti perancangannya sempurna dan baik. Yang tak baik hati kita.
Hidup ini dinilai oleh Allah , bagaimana kita melayan isteri. Kasar atau lembut. Bagaimana kita melayan ibubapa. Sikap kita terhadap keluarga. Kita berusaha setiap hari buat yang terbaik. Ramai orang siang malam sergah keluarga. Marah isteri dan anak-anak. Tak peduli keluarga.

Sibuk dengan kawan-kawan, kerja dan dunia. Kita buat baik pada keluarga dan cari rezeki halal untuk Allah sayang. Rapatkan diri pada Allah. Allah Maha baik dan Maha Melihat. Ketentuan Allah semuanya baik dan sempurna.

Hargai hari ini yang kita ada. Esok belum tahu. Semalam dah lepas. Semuanya di hati kita sendiri. Semua kebaikan yang telah kita lakukan Allah lihat. Walau pasangan kita tak lihat. Kita buat baik supaya Allah sayang. Kita bekerja jujur dan sungguh-sungguh Allah tahu. Jadi takde yang sia-sia. Tak rugi buat baik. Pernah rugi ke abang?

Dia menangis. Dengan sebak jawab takde rugi buat baik. Saya memang bukan suami yang baik. Bukan ayah yang baik. Banyak dosa saya ustaz..saya kasar dan keras dengan keluarga. Selalu marah-marah keluarga. Tak jujur dengan isteri. Semuanya salah saya dan dosa saya.

Tengok abang tadi mengalir air mata. Saya jadi sebak..semuanya hidayah Allah.

Abang ada berapa orang anak?

Alhamdulillah 5 ustaz. Kecil-kecil lagi.

Syukur abang. Hargailah isteri dan anak-anak. Penat isteri jaga anak-anak. Urus rumahtangga. Dah 5 kali mati untuk abang. Hargai isteri. Sayangilah mereka. Berilah masa buat mereka. Kadang-kadang bila sibuk kerja dan perniagaan terlalu maju kita tak sempat nak tengok muka anak. Sedar-sedar anak dah besar. Mak ayah doakan mereka. Ziarah mereka jika masih hidup. Ziarah kubur mereka jika sudah meninggal dunia. Banyak pengajaran kita dapat ziarah kubur.

Ramai orang sedang berdoa ingin anak. Ramai orang sedang menyesali tidak beri masa untuk belajar agama dan tidak beri masa untuk keluarga. Menyesal tak sempat ajar isteri anak fatihah dengan betul.

Abang di beri kesihatan baik depan saya. Ada kawan saa diuji Allah potong kaki ketika sekolah menengah. Tapi dia selalu ketawa dan kata, Allah cuma ambil satu kaki. Tapi saya ada banyak nikmat yang lain.

Saya dapat sebut namanya dengan air mata. Saya berhenti buat dosa dan maksiat.

Allah sayang abang. Jaga solat awal waktu berjemaah ya abang. Allah akan jaga abang. Hargailah masa ini kerana hari semalam tak pernah datang semula. Beri masa untuk solat dan dakwah. Nanti Allah berkatkan seluruh hidup kita. Beri masa bersama keluarga kita akan menjadi orang paling kaya.

Dia peluk saya dan menangis lagi. Terima kaseh ustaz. Terima kaseh. Saya bersyukur Allah jumpakan kita. Doakan saya. – Ebit Lew