Gaya Hidup

Uniform Pramugari Penerbangan Malaysia Antara Tercantik Di Dunia

WALAUPUN rekaannya sudah berusia 32 tahun, namun mata tidak pernah jemu menatapnya. Itulah kehebatan uniform pramugari syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Pakaian seragam ini telah direka oleh Fakulti Fesyen dari Institut Teknologi MARA (ITM) yang melambangkan tradisi dan gaya motif batik.

Jadi, tidak hairanlah kalau ia dinobatkan sebagai antara pakaian seragam tercantik di dunia.

Ketua Tenaga Pengajar Sekolah Hospitaliti Akademi MAB, Chang Chin Kwang berkata baju kebaya MAB melambangkan identiti Malaysia kerana menggunaan motif batik Sarawak bercorakkan bunga tempatan iaitu bunga cempaka, melur dan daun bunga raya.

Di samping itu, baju kebaya MAB juga tampil elegan pada yang memakainya dan pada masa yang sama sangat fleksibel lebih-lebih lagi di kala kecemasan.

Justeru, sebagai rakyat Malaysia kita perlu bangga dengan pakaian tradisi kita. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.