Hiburan Terkini

Undir Diri, Altimet Umum Takkan Bertanding Di AJL Lagi

SELEPAS menyempurnakan persembahan yang mendapat pujian ramai di Anugerah Juara Lagu (AJL) 32 semalam, hari ini penyanyi rap terkenal Altimet mengumumkan tidak akan bertanding lagi di AJL akan datang.

Altimet membuat kenyataan itu menerusi laman Instagramnya tengahari ini.

Menurutnya dia telah empat kali bertanding di dalam AJL dan setakat ini masih tiada penyanyi rap yang bertanding di AJL sebanyak dirinya.

Menolak berniat riak atas kenyataan itu, dia menyifatkan kelebihan itu sebagai tanda dari Allah supaya dia mengundurkan diri bagi membuka jalan kepada rapper yang lain.

Dia turut berdoa ada penyanyi rap lain akan memecahkan rekodnya itu.

Dalam entri yang sama Altimet tak lupa berterima kasih kepada pengundinya, rakan-rakan yang menjayakan persembahan malam tadi serta kepada ibunya atas doa yang tidak putus buatnya dan adik beradik lain.

Di akhir pengumuman itu Altimet turut menyatakan albumnya akan keluar pada bulan Mac nanti.

Baca di bawah:

 

Alhamdulillah. Segala pujian kpd Allah SWT. • • 4 kali bertanding, #ajl32 #ajl30 #ajl28 #ajl26. • • Cukup lah tu, semalam saya labuhkan tirai penglibatan saya membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu. • • Masih tiada rappers yang bertanding dlm AJL sebanyak saya. Saya kata ni bukan kerana riak, tapi kerana ini tanda dari Allah kpd saya utk mengundurkan diri, membuka jalan untuk yang lain. • • Saya doakan nanti ada seorang/sekumpulan rappers yang akan pecahkan record saya ni. • • Terimalah kasih semua yang mengundi, dan semua yang menyanyi bersama. • • Terimalah kasih kawan kawan yang menjayakan persembahan ini. Ini bukan usaha saya seorang. Jauh sekali. • • Terima kasih kpd ibu saya yang sentiasa mendoakan kejayaan semua anak anaknya. Kami belajar berkerja keras dan mengejar mimpi kami dari Mama. • • Peace. • • p.s. bulan 3 kita layan album baru ok?! ✌? #amboiamboiamboi #amboi

A post shared by Altimet (@altimet) on

Semoga karier Altimet kekal menyerlah meskipun tidak bertanding di anugerah berprestij itu lagi, teruslah menabur jasa dalam industri hiburan rap agar lebih ramai generasi baru dapat menyambung legasi Altimet dan rakan penyanyi rap lain. –LUBUKCERITA

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen