Hiburan Sensasi Terkini Viral

Ummi Nazeera Bakal Kahwini Doktor

Walaupun masih berahsia nama bakal suaminya, namun Ummi Nazeera menjelaskan bahawa jejaka idamannya itu adalah seorang doktor yang dikenali sebagai Mr.I.

Sebelum ini mereka pernah bertunang secara senyap namun kali ini memilih untuk mengumumkan kepada peminat tentang majlis perkahwinan mereka nanti. Baguslah perkara baik buat apa nak sorok.

Menurut pelakon berkulit hitam manis ini, majlis perkahwinan mereka akan diadakan selepas Aidilfitri nanti. Tarikh dan waktunya masih belum diumumkan kerana masa yang tidak sesuai.

Kata Ummi lagi, dek kerana kesibukan tunangnya yang bekerja sebagai doktor, mereka jarang dapat bertemu tetapi sering berhubung menerusi telefon. Tidak kisah dengan situasi tersebut kerana dia faham tugas dan tanggungjawab tunangnya itu.

Moga pasangan ini ke jenjang pelamin dan dikurniakan anak serta rezeki yang melimpah ruah.-KLICK.MY