Sensasi Terkini Viral

Kenyataan Universiti Malaysia: Boy Iman Tipu Ambil PhD

BARU-BARU ini pelakon kontroversi, NorulIman A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman telah memuat naik gambar kad pelajar UM (Universiti Malaya) di laman sosialnya.

Boy Iman memuat naik gambar tersebut sebagai bukti dia sedang menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Namun, rata-rata netizen tidak mempercayainya kerana sebelum ini Boy Iman pernah terpalit dengan beberapa kontroversi melibatkan isu penipuan penjualan rumah murah.

Gambar kad pelajar yang dimuat naik oleh pelakon Blok 404 ini turut mendapat perhatian pihak UM.

Mereka telah mengeluarkan satu kenyataan menafikan sebarang kewujudan nama pelakon NorulIman A. Rahman atau Boy Iman sebagai calon Doktor Falsafah di pusat pengajian tersebut.

“Berhubung dengan satu isu yang berkaitan status pendaftaran calon Pendaftaran Doktor Falsafah Boy Iman, UM ingin menegaskan bahawa ia tidak benar.

“Ini kerana dalam carian sistem kami, tiada calon di bawah nama itu bagi jurusan Doktor Falsafah Pentadbiran Perniagaan di universiti kami,” tulis kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, menerusi laporan Kosmo! Online, mereka mendapati Boy Iman telah memadam status berkenaan selepas kenyataan rasmi UM dikeluarkan.

Nampak gayanya Boy Iman masih tidak serik melakukan penipuan demi penipuan.

Ibarat kisah penjaga biri-biri yang suka menipu penduduk kampung sehingga kata-katanya tidak lagi dipercayai.. nampaknya Boy Iman jenis yang tak mahu ambil iktibar. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen