Sensasi Terkini Viral

Ulat Termahal Dunia Cecah Harga RM85,548 Boleh Ubati Kanser

Melihat pada rupanya pasti ramai yang geli kerana ia adalah sejenis ulat. Namun, jangan terkejut kerana harga ulat-ulat ini mencecah RM85,548 sekilogram!

Ulat-ulat ini merupakan makanan kegemaran masyarakat di wilayah selatan China. Panjang ulat ini lebih kurang 1 inci.

Ia boleh didapati di kawasan sejuk di Tibet atau pergunungan Himalaya. Sebenarnya apa yang membuatkan ulat ini mahal ialah disebabkan cendawan yang tumbuh di atas kepalanya.

Cendawan yang tumbuh di atas kepalanya dikenali dalam bahasa Latin sebagai Ophiocordyceps sinensis. Cendawan itu menjadi parasit dalam tubuh ulat dan membunuhnya. Kemudian muncul di kepalanya.

Perubatan China sejak sekian lama mempercayai ulat cendawan ini mujarab dan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk asma dan kanser.

Ulat ini biasanya membiak pada musim bunga. Ketika inilah pencari-pencari ulat cendawan akan memenuhi lereng-lereng bukit mencari ulat tersebut.

Menurut penduduk di sana, ulat ini biasanya dijual dengan gamat emas laut kerana harganya akan berganda.

Kini, penduduk tempatan semakin sukar mencari ulat cendawan ini walaupun pada musimnya. Kalau sebelum ini mereka boleh mendapatkan ratusan ulat setiap hari, kini hanya mampu mendapat empat atau lima ekor ulat sahaja sehari.

Di China, menjadi kebiasaan orang kaya untuk memberi ulat itu sebagai hadiah kepada orang lain. Namun, amalan itu juga semakin terancam kerana makin sukarnya mendapatkan ulat termahal itu. –KLICK.MY