Sensasi Terkini Viral

Ular Melompat Ke Atas Remaja Saat Dia Membuka Pintu

Tak pasti nak klasifikasikan sebagai lawak atau menakutkan saat melihat video yang dimuat naik oleh Instagram factzone.id ini. Video tersebut memaparkan suasana di siber café di negara seberang.

Pada mulanya ia kelihatan biasa bagi sebuah siber café. Kelihatan beberapa orang remaja lelaki sibuk melayari internet.

Kemudian salah seorang daripadanya iaitu yang berbaju merah lengan panjang hendak keluar dan membuka pintu.

Video tanpa suara itu menunjukkan apa yang akan berlaku seterusnya. Ketika dia memegang dan membuka sedikit pintu, suasana masih lagi aman dan tenteram.

 

Kemudian kamera litar tertutup (CCTV) dari luar siber café tersebut menunjukkan ada sesuatu yang melompat ke atas remaja tersebut. Kemudian ketika kamera kembali merakamkan dari dalam, remaja tersebut kelihatan terkejut dan melompat ketakutan.

 

Kelihatan seekor ular melompat ke badannya dan membuatkan remaja tersebut panik kemudian melompat sehingga terjatuh.

 

Ketika itu ular tersebut kelihatan masuk ke bawah meja. Suasana ketika itu mula kelam kabut dan remaja yang lain turut sama melarikan diri.

 

Bubar semua gara-gara ular ngamuk.. ?? . Video: ViralHog

A post shared by FACTZONE INDONESIA (@factzone.id) on

Tidak diketahui apakah yang berlaku seterusnya sama ada ular itu berjaya dihalau keluar atau tidak.-KLICK.MY