Sensasi Terkini Viral

Sambut Anniversary Ke-4, Izzue Islam Pohon Peminat Doa Zuriat

Diam tak diam sudah empat tahun usia perkahwinan pelakon dan penyanyi Izzue Islam bersama isterinya, Awin Nurin yang juga merupakan pengurusnya.

Izzue menulis satu posting di Instagramnya pagi ini mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan buat isteri tercinta dan memohon peminat mendoakan mereka dikurniakan cahaya mata pada ulang tahun kelima nanti.

Ya Allah, jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat & saling menyempurnakan dalam peribadatan. Jadikanlah kami pasangan yang akan bertemu di akhirat kelak. . Pasanganku mengajarkanku tentang akhlak dan keikhlasan. Pasanganku membantuku agar saling menjaga diri ketika berjauhan. Ya Allah, jadikanlah kami pasangan yang saling melengkapi dan saling menyempurnakan. . Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami. Agar kami senantiasa bahagia dalam menjalani bahtera kehidupan ini. Ya Allah, Andai semua itu tak layak bagi kami, maka cukupkanlah permohonan kami dengan redhoMu. Aminn. . Selamat Ulangtahun Perkahwinan yg ke-4 @awinnurin. Maaf sebab tahun ni kita masih menyambutnya berdua. Belum rezeki kita untuk mendapat cahaya mata. Adapun begitu, pasti ada hikmah disebalik kejadian. Pinta doa dari semua kepada kami supaya ulangtahun ke-5 dapat menyambutnya bertiga. Aminn Ya Allah. Terima Kasih Semua. . #izzueislam #awinnurin #iian

A post shared by I Z Z U E I S L A M (@izzueislam) on

Izzue sebelum itu turut memohon maaf terhadap  Awin Nurin atau nama sebenarnya Nurinafilah Waharudin kerana mereka masih berdua dan percaya ada hikmah tersembunyi di sebalik hakikat belum direzekikan zuriat itu.

Dalam posting itu dia turut berdoa supaya Allah menjadikan mereka suami isteri yang saling mencintai di kala dekat dan saling menyempurnakan dalam ibadat. Dia juga berharap dapat dipertemukan semula dengan isterinya di akhirat kelak.

 


“Pasanganku mengajarkanku tentang akhlak dan keikhlasan. Pasanganku membantuku agar saling menjaga diri ketika berjauhan. Ya Allah, jadikanlah kami pasangan yang saling melengkapi dan saling menyempurnakan.

“Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami. Agar kami senantiasa bahagia dalam menjalani bahtera kehidupan ini. Ya Allah, Andai semua itu tak layak bagi kami, maka cukupkanlah permohonan kami dengan redaMu. Amin,’’ katanya.

Perkenalan pasangan ini bermula 10 tahun lepas sewaktu Awin yang juga mempunyai sebuah agensi pencari bakat menawarkan Izzue sebagai pelakon tambahan dalam drama Kampung Jagung.

Pada masa itu, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan bekerja sebagai pembancuh air di sebuah kedai makan bersebelahan dengan salon kepunyaan Awin yang terletak di Petaling Jaya. –KLICK.MY