Hiburan

Ucapan Hari Lahir Paling ‘Sweet’ Daripada Erra Fazira Buat Shahir

BUKAN selalu kita dapat melihat primadona Erra Fazira mengungkapkan kata-kata romantik buat kekasih hati, Shahir Zawawi.

Sempena hari lahir Shahir yang jatuh pada hari semalam, Erra telah memuat naik gambarnya bersama Shahir dan kata-kata ucapan yang boleh dikatakan begitu ‘sweet’.

Malah netizen turut sekali dapat merasakan aura ‘sweet’ antara mereka berdua.

“Happy birthday chor!!! Moga panjang usia dan diberi kesihatan yang baik. Dengan penambahan usia moga bertambahlah kematanganmu. Kudoakan dikau kurus size S dan sado macam yang diimpikan!! Go Go Go chor!! U can do it!!

“Terima kasih kerana menjadi teman yang prihatin dan baik buatku serta seluruh teman-teman. Berjaya dan bahagia zahir, batin, dunia dan akhirat hendaknya. Aamiin!,” tulisnya.

Gambar-gambar yang disertakan mungkin membawa maksud hari bahagia mereka makin hampir.

Baru-baru ini Shahir menegaskan dia tetap akan mengotakan kata-katanya untuk menyunting Erra walaupun masih belum dapat tarikh yang sesuai.

Berkaitan: “Emak Saya Sendiri Pun Bertanya”-Shahir Jawab Isu Tarikh Kahwin

Apapun, semoga hubungan mereka untuk ke jenjang pelamin dimakbulkan Allah SWT. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.