Hiburan Sensasi Terkini

Tya Adnan Terkejut Netizen Hantar Mesej Suruh Suami Tegurnya

ISTERI kepada pelakon Shukri Yahya, Tya Adnan terkejut dengan tindakan berani seorang netizen menghantar mesej peribadi (Direct Message) di Instagram suaminya dengan tujuan meminta menegur perbuatannya.

Menurut Tya, netizen berkenaan menyuruh Shukri menegurnya kerana mendedahkan aurat ketika memuat naik video tutorial untuk review produk berbayar di Instagram miliknya.

Lihat mesej di bawah:

Tya menawarkan khidmat review produk berbayar di Instagramnya selama ini dan tugas itu memerlukan dirinya merakam tutorial menggunakan produk yang diberikan oleh pengiklan.

“Sampai ke laki kita dia pergi DM, dia ingat husband I selama ni tak tengok ke apa yang I post? Susah-susah je awak pergi DM husband saya,” komen Tya.

Biasalah Tya, netizen ni ada pelbagai ragam, sesetengahnya memang ada banyak masa terluang untuk menghantar mesej dan meninggalkan komen di laman sosial selebriti. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.