Sensasi Terkini Video Viral Viral

Tutorial Masak Tomyam Udang Harimau Chef Popular Instagram

Bagai nak meleleh air liur jika rajin melayari laman Instagram chef-chef Instagram popular yang setiap hari memuat naik video masakan-masakan yang menyelerakan.

Antara chef Instagram yang semakin terkenal di negara ini adalah Datin Ismatia (@datinismatia) yang mengusahakan perniagaan penghantaran makanan di laman Instagram @masakwithpassion.

Beliau yang handal memasak makanan Kelantan dan Thailand sering mendapat tempahan paling banyak untuk laksam, nasi kerabu, nasi dagang, kerabu ayam mangga, kuih bakar, akok serta sagu gula melaka.

Semalam, Datin Ismatia yang juga pengasas produk kosmetik Tia Amilia turut berkongsi tutorial masakan Tom Yam Udang Harimau.

Sungguh mengiurkan sekali rupa udang-udang harimau yang segar itu!

A post shared by Datin Isma (@datinismatia) on

A post shared by Datin Isma (@datinismatia) on

Jika anda masih tiada idea apa mahu dimasak untuk berbuka, boleh la mendapat inspirasi dari air tangan Datin Ismatia memalui video ini.–KLICK.MY