Terkini Viral

Tular, Video Wanita Ditetak Dengan Parang Oleh 2 Lelaki

SEORANG wanita cedera dibelasah suami dan rakan suaminya di Taman Sentosa, Klang, pagi tadi.

Video rakaman suami wanita terbabit bersama rakannya membelasah mangsa dikesan viral dalam laman sosial sejak jam 11 pagi tadi, dipercayai dirakam dari atas sebuah premis oleh orang awam yang melihat kejadian itu di Kawasan Perindustrian Klang Jaya, Taman Sentosa, Klang.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, suami wanita terbabit berbaju kelabu didapati memukul isterinya dengan sebilah parang, selain menendang dan menumbuk isterinya di tepi sebuah kereta PROTON Satria.

Kejadian itu juga disaksikan beberapa orang awam termasuk kanak-kanak yang berada di kawasan berhampiran.

Selepas membelasah mangsa, suspek dan rakan kemudian menarik isterinya masuk ke dalam kenderaan dan meninggalkan lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata pada masa ini usaha mengesan lokasi mangsa dan suspek sedang dijalankan.

“Sejak kejadian berkenaan dilaporkan bapa mangsa, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sudah menggerakkan pegawai dan anggota kami untuk menjejaki kenderaan dinaiki suspek.

“Pada masa ini, kita tidak menolak kemungkinan mereka sudah berada di luar Lembah Klang,” katanya ketika dihubungi.

Berdasarkan maklumat awal, kejadian dipercayai bermotifkan cemburu. –KLICK.MY

Sumber: BH Online

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen