Hiburan Sensasi Terkini

Tuah Badan! Neelofa Terima Hadiah Bunga Ketika Menaiki Pesawat

INILAH yang dikatakan orang tuah badan. Pengacara dan pelakon sensasi, Neelofa tidak dapat lari daripada elemen kejutan sejak akhir-akhir ini.

Ada sahaja kejutan yang hadir dalam hidup wanita yang dikagumi ramai ini.

Terbaharu, dia menerima kejutan daripada syarikat penerbangan, AirAsia sewaktu dalam perjalanan pulang ke tanah air dari Singapura kelmarin.

Neelofa berkongsi momen indah itu di Instagramnya.

Menurut laporan dari Utusan Online, sebenarnya Neelofa dapat kejutan kerana pencapaiannya tersenarai sebagai salah seorang calon Anugerah Wanita Masa Depan (Asia Tenggara) yang berlangsung Selasa lepas.

Dalam kapsyen yang ditulis Neelofa, dia akui terkejut dengan pemberian bunga tersebut.

“Saya berada di Singapura untuk anugerah @womenoffuture Asia Tenggara dan lihat apa yang @airasia Allstars penerbangan AK710 beri kejutan kepada saya, sejambak bunga yang begitu besar! Terima kasih, saya sangat menghargainya,” tulisnya.

Walaupun tidak memenangi anugerah tersebut, dia tetap dihargai kerana tersenarai dalam anugerah itu pun sudah cukup untuk membuktikan kehebatannya. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.