Sensasi Terkini Viral

Tragis, Bapa Gantung Diri Selepas Gantung Anak Perempuannya

Kini Facebook Live menjadi kegemaran untuk orang ‘sakit’ mental’ menggunakannya untuk melakukan pembunuhan secara langsung.

Beberapa minggu yang lepas seorang lelaki kulit hitam menembak seorang lelaki tua secara langsung di Facebook Live dan kini berlaku lagi kejadian yang hampir serupa.

Namun, kejadian tersebut berlaku di Thailand di mana seorang bapa telah menggantung anak perempuannya secara langsung di Facebook Live sebelum dia menggantung dirinya sendiri.

Sama ada kebetulan atau menjadi tren, diharap kejadian tidak berperikemanusiaan ini dapat dibendung segera.

Berbalik kepada kisah bapa membunuh diri dan menggantung mati anak perempuannya, si bapa dikatakan telah bergaduh dan bertengkar dengan isterinya sebelum kejadian menyayat hati ini.

Lokasi kejadian berlaku di sebuah hotel terbiar di daerah Thalang pada malam Isnin lalu. Isteri lelaki berkenaan, Jiranuch menghubungi polis selepas mendapati suaminya membuat rakaman video live menggantung anak mereka dengan tali di siling bangunan tersebut.

Selepas menyelidik video tersebut, polis melancarkan gerakan mencari kedua anak beranak itu di beberapa bangunan terbiar sebelum menemui mereka di sebuah bilik di tingkat tiga bangunan tersebut.

Kisah tragis ini menjadi gempar di sana. Pengajarannya, jangalah akibat bergaduh suami isteri anak yang menjadi mangsa. Banyak cara lain boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah.-KLICK.MY