Luar Negara Terkini

Tragedi Valentine, Rambut Tersangkut Tayar Kereta Go-Kart, Wanita Maut

MALANG tidak berbau apabila seorang wanita maut selepas rambutnya tersangkut pada tayar belakang kereta go-kart hingga tercabut kulit kepala di Yadavindra Gardens, Pinjore.

Wanita itu Puneet Kaur, 28, disahkan meninggal dunia sleepas dikejarkan ke hospital oleh suaminya Amardeep Singh, 30.

Mangsa bersama suaminya berniat menyambut Hari Valentine bersama dengan menaiki go-kart.

Pada mulanya mangsa dikatakan sudah mengikat rambut ketika memandu sebelum memakai topi keledar namun getah rambutnya tiba-tiba tertanggal sebelum ditimpa kejadian berkenaan.

“Saya menaiki go-kart bersama isteri tetapi tiba-tiba getah rambutnya tertanggal sebelum dia menjerit dengan kuat.

“Go-kart dihentikan serta merta dan saya lihat kulit kepalanya tercabut,” kata Amardeep.

Kejadian ngeri itu turut disaksikan anak mereka yang berusia satu tahun serta ibu bapa Amardeep.

Mangsa dikejarkan ke hospital kerajaan di Panchkula dan disahkan meninggal dunia pada jam 4 petang.

Sementara itu, polis Pinjore, Inspektor Sukhbir Singh berkata pihaknya sudah mengarahkan pengurusan menghentikan sementara operasi go-kart terbabit. –KLICK.MY

Tag

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.