Terkini Viral

Tony Fernandes Jawab Isu Bagasi Rosak, AC Mizal Salahkan Air Asia

BARU-BARU ini, selebriti popular tanah air, Datuk AC Mizal menerusi Facebooknya telah memuat naik sebuah video mengadu tentang bagasinya yang rosak ketika menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia.

Dalam video tersebut, AC menunjukkan keadaan begnya yang rosak dan meluahkan rasa kecewa terhadap syarikat penerbangan tersebut.

Berkaitan: Bagasi Rosak, AC Mizal Luah Kecewa Terhadap AirAsia

Aduan pengacara itu akhirnya mendapat maklum balas daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes melalui sebuah video live di Facebook bagi menjelaskan isu tersebut.

Menurut Tony, AC patut menghubunginya mengenai perkara tersebut.

Kejadian itu katanya, bukanlah salah pekerja AirAsia tetapi disebabkan sistem beg di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang curam.

“Kami sudah berbincang dengan pihak KLIA2 untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Terus menyalahkan pekerja kami adalah salah dan dia sepatutnya lebih tahu sebagai seorang selebriti. Check dulu.

“Pihak kami turut menyiasat perkara ini dengan pekerja yang terlibat dan lihat bagaimana boleh membantu mereka,” jelasnya dalam video tersebut.

Semoga dengan penjelasan Tony ini bukan sahaja AC tetapi orang ramai akan mendapat jawapan selama ini kenapa bagasi mereka rosak. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.