Semasa Sensasi Viral

Tips Mudah Ubati ‘Januari Blues’

SEBAIK sahaja berakhirnya suasana meriah dan gemerlapan bunga api selepas jarum jam melewati pukul 12 malam 1 Januari lalu, rata-rata kita akan mula terfikir betapa panjangnya tahun baharu yang bakal dilalui.

Walaupun banyak azam dan harapan paling wangi ditabur pada pos di laman sosial masing-masing sempena tahun baharu, jauh di sudut hati perasaan lemau kembali menguasai diri sebaik sahaja melangkah kaki bagi memulakan sesi persekolahan, pengajian mahupun pekerjaan. Rasa macam lambatnya…. nak menyampai ke hujung hari apatah lagi ke hari libur seterusnya kan?

Bagi yang berasakan ‘Januari Blues’ ini, kami kongsikan beberapa tips untuk menyemarakkan semula semangat diri. Check it out!

  1. Pastikan resolusi tahun baharu anda realistik!
    Sebagai contoh.. antara azam paling popular adalah nak kuruskan badan. Tapi jika berat anda sekarang dekat 100kg, adalah lebih molek jika anda pecahkan kadar progress penurunan berat kepada beberapa kg sebulan dan bukannya terus menampal gambar Tylor Lautner atau Rihanna pada cermin muka di bilik, seterusnya berangan-angan itulah diri anda pada tahun ini.Jangan menipu diri sebab anda sendiri tahu azam itu tidak akan tercapai hanya dengan merenung gambar seleb sambil menelan liur. Jadikannya kenyataan dengan menyenaraikan dengan lengkap bila mahu mula berdiet, pergi gym dan sebagainya.
  2. Jangan miss sarapan pagi
    Nampak macam perlakuan yang tak jejas apa sangat, tapi hakikatnya perut yang lapar boleh menjejaskan mood dan tahap kosentrasi. Bila memandang remeh keperluan mengambil sarapan untuk memulakan hari, ia sebenarnya boleh membuatkan hari anda jadi tak best dan suram.Bila badan memasuki mod ‘berlapar’ ianya akan melatih tubuh untuk melaraskan tahap metabolism seterusnya inilah juga punca kenapa diet kurang beri kesan kepada anda.
  3. Kurangkan Makanan Ringan
    Banyakkan pengambilan buah buahan dan sayuran di samping makan mengikut masa sepatutnya adalah cara terbaik meningkatkan kesihatan. Pada mereka yang berazam tak mo stres-stres sangat tahun 2017 ni, pastikan badan anda mendapat Omega-3 secukupnya.Mengikut kajian kekurangan Omega-3 yang baik untuk jantung dan minda boleh menyumbang kepada masalah depresi. Ianya juga amat perlu untuk membantu meningkatkan daya kosentrasi, memori dan mengawal tingkahlaku. Antara sumber Omega-3 minyak ikan, kuaci labu, soya dan bayam.
  4. Jangan suka bermasam muka
    Walaupun dipaksakan, ketawa tetap cara paling mudah, murah dan berkesan untuk memulihkan mood mendung anda kerana tubuh kita tak tahu pun beza antara ketawa betul-betul atau terpaksa – ianya akan tetap melepaskan hormon baik yang membantu menenangkan fikiran.Bukan itu sahaja, ketawa selama 15 minit terbukti mampu membakar sehingga 50 kalori tau!