Semasa Sensasi Terkini

Tip Elak Dipanah Petir Ketika Berada Di Luar

Sepasang suami isteri warga emas maut disambar petir ketika beriadah di padang permainan di Bandar Puchong Jaya di sini, baru-baru ini, lapor Harian Metro.

Kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Yee Boon Koo, 59 dan isterinya Ooi Lee Chen, 57, dilihat tertiarap di atas trek joging oleh orang awam selepas dipanah petir di padang permainan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Lee Wai Leong berkata, seorang daripada mangsa berdarah di kepala ketika anggota tiba di lokasi kejadian.

Berikut adalah laporan daripada akhbar utama di Malaysia mengenai kejadian dipanah petir. Sekiranya anda berada di luar rumah, risiko untuk dipanah petir lebih besar kerana terdedah.

Justeru, bagi mengelakkan dipanah petir ketika berada di luar rumah, ikuti tip yang diberikan.

1. Hentikan semua aktiviti luar dan cari tempat perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul.

2. Cari perlindungan dalam bangunan besar dan kukuh, kenderaan atau struktur yang besar seperti jambatan dengan pantas.

3. Cari tempat perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran petir.

4. Jika tiada tempat berlindung berdekatan anda, segera turun dari tempat tinggi dan berlindung di tempat rendah atau masuk ke dalam longkang kering.

5. Jangan tunggu sehingga hujan turun sebelum mencari perlindungan kerana petir boleh memanah anda walaupun sebelum hujan turun.

6. Sekiranya hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika anda dipanah petir.

7. Jangan berlindung di bawah pokok.

8. Jangan sentuh objek besi seperti pagar atau tiang.

Moga dengan tip ini, anda dapat mengelak daripada dipanah petir. Namun dinasihatkan agar sentiasa mengikuti perkembangan laporan cuaca sekiranya anda mahu lakukan aktiviti luar.-KLICK.MY

Tag