Viral

Timbalan Menteri Bersedia Jumpa Sajat, Safiey Ilias

DUA orang usahawan terkenal dan sering dipalit kontroversi, Nur Sajat dan Safiey Ilias kini menghadapi konflik diri dan saling menyindir antara satu sama lain di laman sosial masing-masing.

Kisah mereka berdua mendapat perhatian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Memetik laporan Bernama, Fuziah bersedia menemui dua usahawan tersebut bagi membantu mereka kembali kepada fitrah.

Fuziah yang mempunyai latar belakang dalam bidang kauseling berkata, konflik dalaman kedua-dua personaliti itu perlu diselesaikan dengan pendekatan berhemah, bukan dengan membenci mereka.

“Saya tidak mengatakan apa yang dilakukan mereka itu betul dan boleh diterima kerana yang haram tetap haram, tapi pendekatan dakwah yang perlu diambil bukan dengan cara menghukum,” katanya.

Fuziah menambah pengalamannya sendiri pernah menyaksikan golongan lelaki yang menyerupai wanita kembali kepada fitrah apabila didekati secara berhemah.

Manakala dalam perkembangan terbaharu, Safiey menerusi Instagramnya, menyatakan dia bersedia untuk berjumpa dengan Fuziah.

Semoga pertemuan tersebut berjaya diadakan dan masalah antara mereka dapat diselesaikan atau dibincangkan. –KLICK.MY