Sensasi Terkini Viral

Status FB Sebelum Maut Peluk Anak Bongsu Buat Kenalan Hiba

MENYAYAT hati sekali kematian Timbalan Ketua Cawangan UMNO Kuala Ibai, Terengganu yang meninggal dunia dalam keadaan berpelukan dengan anak bongsunya selepas terlibat dalam kebakaran di rumahnya, pagi tadi.

Ahmad Fakhrurazi Shafie,45, yang dipercayai lemas akibat terhidu asap kebakaran ditemui anak saudaranya 8.40 pagi tadi, dalam keadaan terbaring dan memeluk anaknya Aqil Harith,3.

Anak saudara mangsa Ahmad Syahir Azizi Ahmad Zulfa,18, baru tiba di rumah neneknya yang terletak bersebelahan rumah mangsa apabila melihat kepulan asap yang disangkanya orang membakar sampah.

Selang beberapa minit kemudian, beliau terdengar bunyi letupan kecil dan cermin pecah dari rumah mangsa yang digelar Acik, lantas bergegas untuk melihat apa yang berlaku.

“Ketika meninjau saya lihat Acik terbaring di halaman rumah manakala anak bongsunya dipeluk di dada.

“Saya memeriksa keadaan Acik tapi tiada tindak balas. Melihat mukanya pucat kami terus hubungi bantuan kecemasan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ahmad Syahir berkata, anak bongsu mangsa ketika ditemui hanya menangis dalam pelukan bapanya namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika kebakaran membabitkan kediaman rumah berkembar dua tingkat itu, isteri mangsa, Tengku Mastura Tengku Ahmad, 30-an, sudah keluar bekerja manakala tiga lagi anak mereka berada di sekolah.

“Acik disahkan meninggal dunia sebaik pasukan perubatan tiba untuk memberi rawatan kecemasan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Azlimin Mat Noor berkata pihaknya menerima panggilan jam 8.45 pagi sebelum 18 anggota bersama dua jentera dihantar ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, api marak membakar kediaman ketika pasukan penyelamat tiba.

“Kita mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, status Facebook yang dimuat naik Allahyarham Ahmad Fakhrurazi jam 7.22 pagi semalam menarik perhatian ramai. Status berkenaan berbunyi:

Assalam…

Fahamilah 7 Perkara Dalam Hidup Kita :

1. Apabila Meninggal Dunia Seorang Ayah,

Maka Matilah Pimpinan dan Nasihatnya…

2. Apabila Meninggal Dunia Seorang Ibu,

Maka Terpadamlah Cahaya Kelembutan Belaian dan Tunjuk Ajarnya…

3. Apabila Meninggal Dunia Seorang Abang, Maka Longlailah Cita-Cita Yang Dikongsi Bersama…

4. Apabila Meninggal Dunia Seorang Kakak, Maka Hilanglah Senyuman Kasihnya…

5. Apabila Meninggal Dunia Adik2 Mu,

Maka Hilanglah Tempat Tumpang Kasih, Nakal, Gurauan dan Keceriaanya…

6. Apabila Meninggal Dunia Pasangan Mu,

Maka Pudarlah Perkongsian Harapan, Perasaan dan Keceriaannya…

7. Apabila Meninggal Dunia Seorang Sahabat,

Maka Pudarlah Sinar Nasihat & Doa Tulus Dari Bersih Hatinya…

Ketahuilah….

Hidup Ini Sangat Singkat Untuk Kedengkian, Kemarahan, Kebencian dan Memutuskan Hubungan Kerana ESOK Semuanya Hanya Tinggal Kenangan.

Maka…..

Senyumlah, Berlapang Dadalah, Maafkanlah Sesiapa Yang Menyakitkan Kita Kerana Kita Tidak Tahu…. Bila Kita Akan Berangkat ‘ Meninggalkan’ Dunia Yang Fana Ini….

Wallahu a’lam bish-shawabi.

Status berkenaan membuatkan mereka yang mengenali Allahyarham berasa hiba kerana ianya seolah-olah pesanan terakhir buat mereka yang mengenalinya. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.