Sensasi Terkini Viral

Tiga Gadis Bergambar Tidak Senonoh Dikecam

Gara-gara mahukan kelainan, tiga gadis dikecam hebat oleh netizen kerana bergambar dalam keadaan tidak senonoh. Gelagat mereka ketika bergambar dikatakan tidak sesuai lebih-lebih lagi mereka bertudung.

Tidak dinafikan zaman serba canggih ini, bergambar secara swafoto menjadi kegemaran terutamanya golongan remaja.

Pelbagai aksi dapat dilihat ketika berswafoto. Malah kita pernah dikejutkan satu ketika dulu apabila sekumpulan remaja perempuan dengan beraninya bergambar ‘wefie’ di atas papan tanda gergasi ‘IPOH’.

Sebenarnya tidak kisah seandainya anda mahu berswafoto selagi tidak mengundang kecaman gara-gara kebodohan sendiri.

Terbaharu, sebuah laman Facebook tempatan mula mendapat perhatian apabila menyiarkan sekeping gambar tiga gadis bertudung bergambar atau berwefie dalam keadaan mengaibkan di atas sebatang jalan raya.

Kelihatan seorang daripadanya memegang telefon bimbit dengan menggunakan monopod dan dua daripadanya membuat aksi kaki terkangkang ke atas.

Gambar tersebut tular di laman sosial dan rata-rata netizen mula mengecam dengan pelbagai kata seolah-olah mahu melepaskan geram atas kebodohan yang dilakukan oleh gadis-gadis ini.

Jadi, pengajaran yang dapat diambil, janganlah melakukan sesuatu yang boleh mengundang kecaman dan memalukan diri sendiri. Bak kata Nabil, ‘lu fikirlah sendiri’!-KLICK.MY