Gaya Hidup

Tiga Bulan Berpisah, Zayn Malik & Gigi Hadid Kembali Bersama?

PASANGAN selebriti popular, Zayn Malik dan Gigi Hadid pernah berpisah tiga bulan yang lalu. Masing-masing dilihat cuba membawa haluan sendiri.

Namun, baru-baru ini Gigi dilaporkan kembali bercinta dengan bekas teman kekasihnya itu.

Menerusi entri di Instagram (IG), Gigi telah memuat naik gambar mesra bersama Zayn beberapa ari yang lalu.

Gambar tersebut menunjukkan Gigi sedang bersandar di pangkuan Zayn yang sedang memegang ipad dalam keadaan yang mesra.

Walaupun wajah Zayn tidak kelihatan begitu jelas namun tatu yang ada pada badan lelaki itu sudah cukup membuatkan peminat kenal bahawa lelaki itu adalah Zayn.

Namun sehingga kini status hubungan Gigi dan Zayn masih menjadi tanda tanya apabila mereka masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi kepada umum.

Sebelum ini Gigi dan Zayn mengambil keputusan untuk berpisah pada Mac lalu selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.