Hiburan Terkini

Tidur Tak Lena Diganggu Peminat, Kendall Jenner Nak Beli Pistol

BERCAKAP mengenai privasi, ia seakan tidak wujud dikalangan selebriti ternama dunia seperti model dan personaliti televisyen terkenal, Kendall Jenner.

Mana taknya dalam seminggu katanya, sekali hingga dua kali rumahnya didatangai peminat fanatik yang cuba memecah masuk.

Kendall yang memiliki 85.2 juta pengikut di Instagram itu juga mendakwa, sering dikejar peminat fanatik yang akan mengekori ke mana sahaja dia pergi.

Justeru, dia merancang membeli pistol demi menjaga keselamatan dirinya, namun hasrat itu tidak disokong kakaknya Kim Kardashian.

Dalam program Keeping Up With the Kardashians baru-baru ini Kendall, 20, memberitahu hasratnya itu kepada kakaknya, Khloe Kardashian.

“Dalam seminggu, pasti ada sekali atau dua rumah saya didatangi peminat fanatik.

“Saya sendiri berasa tidak selesa dengan keadaan ini,” katanya.

Mendengar luahan adiknya itu, Khloe Kardashian seperti bersetuju kerana dia juga sudah mula merasa keluarganya kini menjadi target musuh.

Bagaimanapun, Kim Kardashian tidak bersetuju dengan rancangan Jenner mahu memiliki pistol.

Walaupun tidak dipersetujui namun Khloe dan Kendall seperti nekad akan membeli senjata tesebut agar mereka boleh berasa tenang terutama ketika di waktu malam.

“Saya tahu Kim melarang kami memiliki pistol.

“Tapi untuk Kendall dan saya, pistol dapat membuatkan kami tidur nyenyak di malam hari,” kata Khloe Kardashian.

Pistol sememangnya senjata yang digunakan untuk mempertahan diri tapi jangan tersalah tembak pula, nanti lain pula jadinya. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen