Sensasi Terkini Viral

Tidak Mahu Rumah Rosak, Disewakan Kepada Penyewa Perempuan Namun…

Sangkaan seorang lelaki bahawa penyewa perempuan lebih pembersih dan berhemah ternyata meleset apabila mendapati rumahnya ibarat kapal karam.

Lebih menyakitkan hati, selain kotor dan contengan di dinding, penyewa tersebut juga tidak membayar sewa selama empat bulan.

Berang dengan insiden tersebut, lelaki yang juga tuan rumah memuat naik gambar keadaan rumahnya di Facebook bernama Jack Izumi Gfg. Tidak lama kemudian ia menjadi tular dan rata-rata netizen mengecam penyewa berkenaan.

Dalam Facebook tersebut, dia meluahkan perasaan dan geram kepada penyewanya itu yang merupakan pelajar pusat pengajian tinggi.

“Bagus sangat perempuan menyewa rumah mcm ni… selama ni pk xnk sewakn kat lelaki sbb tkut rumah rosak, sekarang ni pun perangai macam haram… duit umah sewa 4 bulan xbayar pastu terus cabut lari… Korang ni student, rasa² perangai macam haram jadah mcm ni memang mendapat lah… tunggu sat lagi aku korek details sorang²….”

Katanya lagi, dia berjanji akan mendedahkan maklumat pelajar-pelajar berkenaan. Mahu tak lena tidur dibuatnya pelajar-pelajar itu nanti.

Itulah, lain kali jaga tingkah laku dan jangan buat perkara-perkara yang merugukan diri sendiri.

Zaman sekarang ini, tidak kira perempuan atau lelaki sama sahaja perangainya. Walaupun tidak semua perempuan seperti itu, namun nak kata pepatah kerana nila rosak susu sebelanga.-KLICK.MY