Gaya Hidup

“Tiap Hari Saya Doa Abah Mati Cepat”- Kisah Anak Didera Bapa Durjana

TANGGUNGJAWAB seorang bapa yang utama adalah memberi kasih sayang kepada anak selain memberi nafkah dengan menyediakan kemudahan asas kepada anak dan isterinya.

Namun semakin hari semakin banyak kita dengar berita mengenai kegagalan golongan lelaki bergelar bapa menjalankan tanggungjawab malah mendera anak-anak secara fizikal dan mental.

Isu ini mungkin taboo untuk diperkatakan secara umum kerana masyarakat seringkali mudah menghukum si anak dengan dakwaan bersikap derhaka, tidak mengenang jasa dan sebagainya hingga anak yang didera itu sendiri berpura-pura mengasihi ayah mereka di depan orang.

Image result for domestic violence

Namun jauh di sudut hati, menyimpan benci dan dendam, lalu menjadikan jiwa mereka tertekan dan kosong hingga mungkin menjurus kepada pelbagai penyakit mental seperti hipertension dan depresi.

Baru-baru ini selebriti dan pengacara televisyen Ahmad Fedtri Yahya berkongsi satu kisah sedih seorang wanita yang amat bencikan bapanya sendiri kerana sikap buruk ayah yang mendera dia, ibu dan adik-adiknya sejak dia kecil.

Wanita itu yang kini sudah berusia 23 tahun turut kecewa dengan sikap ibunya yang masih setia dengan suami pendera yang sentiasa ‘menghadiahkan’ isteri dan anak-anak sepak dan terajang sepanjang perkahwinan.

Baca luahan hatinya di bawah:

Perkongsian ini mendapat respon netizen yang bersimpati dengan nasib malang perempuan tersebut malahan ada juga netizen yang memahami situasi itu kerana mengalami situasi yang hampir sama.

Jika kes sebegini semakin meningkat saban hari, pasti ada silapnya sama ada dalam budaya, cara hidup serta pemahaman tentang agama di kalangan masyarakat kita, sesuatu perlu dilakukan bagi menyelamatkan masa depan generasi akan datang.

Jika tidak mampu mengubah dunia, kita mampu bermula menanam azam mendirik diri serta ahli keluarga terdekat sendiri untuk menyebar kasih sayang dan keamanan dalam hidup seharian. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.