Hiburan

“Tiada Yang Serius”-Anak Lan Solo Terjatuh Hingga Koyak Dahi

SEMALAM bekas vokalis kumpulan Kristal, Lan Solo memuat naik gambar di Unit Kecemasan Pediatrik PPUM di Instagram menjelaskan anak ketiganya mengalami sedikit kecederaan akibat terjatuh sehingga dahinya terkoyak.

Justeru, Lan memohon netizen mendoakan kesihatan anaknya itu.

Sementara itu dalam entri terbaharunya di Instagram, Lan menjelaskan anaknya, Muhammad Akid Qassyaff tidak mengalami kecedaraan yang serius.

Namun sebagai ibu bapa sudah tentulah dia dan isteri berasa bimbang. Tambah Lan lagi, ini adalah kali kedua anak lelakinya itu mengalami kecederaan yang sama.

“Alhamdulillah, tiada yang terlalu serius. Tetapi sebagai ibu bapa kerisauan tahap gaban itu adalah lumrah!

“Tambahan pula ini koyak di dahi kali kedua! Risau tempat yang sama. Tujuh jahitan masa koyak dulu.. “Akid oh Akid”.

“Terima kasih doktor dan ‘team’. Terima kasih juga kepada anda yang mendoakan.

“Sekian laporan daripada daddy untuk kawan-kawan dan saudara-mara yang bertanyakan kondisi Akid malam tadi. Doakan bahagian luka kat dahi Akid cepat sembuh ya! Aamiin,” tulisnya.

Lan dan Sheila berkahwin pada 6 Disember 2009. Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4, Muhammad Akid Qassyaff, 3, Nur Amna Quxandra 6 bulan. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.