Hiburan

Tiada Rezeki, Isteri Amy Search Alami Keguguran Setelah 2 Bulan Hamil

TIADA rezeki untuk penyanyi rock legenda, Amy Search untuk menimang cahaya mata pada usia 60 tahun apabila isterinya, Norish Hassan mengalami keguguran setelah dua bulan hamil.

Amy menerusi Instagram pada malam Rabu memaklumkan mengenai perkara itu selain meluahkan rasa sedih kehilangan bayi yang bakal dilahirkan.

Dia juga memuat naik video yang memaparkan sesi pemeriksaan doktor terhadap kandungan isterinya.

“Degupan itu akhirnya terhenti dan hilang dari pandangan. Alex, Sania dn Qaqa tertunduk saat mendapat berita ini.

“Qaqa menangis teresak-esak. Kini tiada lagi cerita baby yang bakal mereka miliki antara mereka,” tulisnya.

Dalam pada itu, Amy memberitahu dia reda dengan dugaan tersebut dan berharap akan ada keindahan di sebalik ujian diberikan kepada mereka sekeluarga.

“Moga kami semua reda dengan dugaan yang tak terpandang ini. Aku pasti dugaan itu datang bersama keindahan dan sabar itu sama seperti berbesar hati dengan dugaan-Nya. AmeenYRA,” luah Amy.

Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin kali ini belum ada rezeki. Apapun, takziah buat Amy sekeluarga. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.