Terkini Viral

Tiada Nilai, Wang Kertas Venezuela Jadi Kraftangan

APAKAH yang berlaku sekiranya wang kertas yang anda gunakan tiada nilai? Sudah pasti ia hanyalah sekeping kertas yang tidak berguna.

Begitulah yang terjadi kepada negara Venezuela apabila nilai matawangnya, Bolivar jatuh sebanyak 85 peratus akibat inflasi.

Peniaga-peniaga di sana telah menjadikan wang kertas negara mereka sebagai barangan kraftangan. Mereka menganyamnya menjadi bakul sebelum dijual.

Mereka berbuat demikian kerana barangan kraftangan tersebut lebih bernilai daripada wang kertas itu sendiri.

Seorang peniaga, Wilmer Rojas mendapat idea dengan membuat origami dan menggubah wang kertas menjadi beg galas, beg duit, topi dan bakul.

Kata Rojas, orang ramai membuang wang kertas dan tidak lagi menggunakannya untuk berjual beli.

“Surat khabar lama atau majalah pun lebih tinggi nilainya daripada Bolivar. Sekurang-kurangnya saya jadikan mereka bernilai (dengan menjadikan cenderahati),” katanya.

Wang kertas yang dijadikan kertas lukisan.

Rakyat Venezuela dijadualkan menghadapi pilihan raya pada 22 April depan untuk memilih presiden baharu.

Bayangkan kalau di Malaysia wang kertas sudah tiada nilai? Pasti peniaga akan menjadikannya pembungkus nasi lemak. Minta dijauhkan daripada perkara itu berlaku! –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.