Hiburan Sensasi

Tiada Maaf, Elyana Dedah Netizen Lempar Kata-Kata Kesat Kepadanya

SEJAK pelantun lagu Kalis Rindu, Elyana mengumumkan tentang penyakit barahnya kepada umum, dia tidak putus-putus dihujani ujian dan dugaan.

Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepadanya namun, tidak kurang juga yang melemparkan kata-kata kesat.

Walaupun seorang artis, tidak bermakna Elyana perlu ‘menelan’ semua kata-kata nista kerana dia juga mempunyai hati dan perasaan serta keluarga.

Baru beberapa minggu yang lepas dia ‘membinatangkan’ netizen-netizen yang kurang ajar. Ingatkan kes tersebut sudah selesai tetapi masih ada yang bermulut ‘puaka’ dan tidak puas menganggu emosi Elyana.

Berkaitan: Hilang Sabar, Elyana Gelar Netizen Kurang Ajar “Binatang”

Semua ini gara-gara Elyana memuat naik sekeping gambar di Instagram dengan kapsyen yang membawa maksud dia enggan ambil peduli tentang mulut netizen yang mencacinya.

Posting tersebut membuatkan seorang netizen ‘panas hati’ lantas terus mencaci serta menghina Elyana.

Mungkin kesabarannya sudah hilang, semalam menerusi Instagram Elyana mendedahkan nama netizen yang memaki dan menghinanya itu.

Menggunakan nama “emmaazima” netizen yang dipercayai seorang wanita itu memaki hamun Elyana dengan kata-kata kesat.

Menurut Elyana, dia tidak tahu apa salahnya kepada wanita tersebut sehingga menerima cacian sedemikian rupa.

“Alhamdulillah.. saya tak tau apa salah saya dengan awak dan yang lain-lain. Semoga semua kata-kata anda terhadap saya berbalik kepada anda serta keluarga yang anda sayangi.

“Saya tidak pernah menggangu anda serta keluarga. Jika saya ada balas komen dengan ayat yang tidak boleh anda terima kerana anda merasakan ia kasar, sama juga seperti saya. Saya juga punya perasaan dan punya keluarga yang masih mempunyai perasaan.

“Takkan kerana artis, saya tidak layak untuk membela diri ketika orang rancak menghina? Apa yang boleh saya katakan di sini, saya susah untuk memaafkan anda,” tulisnya.

Pilu dan sedihnya melihat kelancangan mulut sesetengah netizen ini. Cuba anda bayangkan kalau berada di tempat Elyana, sudah pasti remuk hati apabila dicaci dan dihina sedemikian rupa.

Semoga Elyana terus tabah dan kuat. Usah dilayan kerana netizen sebegitu hanya tagihkan perhatian! –KLICK.MY

Tag

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen