Sensasi Terkini

Tiada Jodoh-Nazim, Bella Dally Akhirnya Berpisah Secara Baik

PELAKON Nazim Othman mengejutkan peminatnya semalam apabila mengumumkan perkahwinanannya dengan Bella Dally telah pun berkahir menerusi laman Instagram.

Desas desus mengenai hal rumah tangga pasangan ini mula kedengaran sejak tahun lalu apabila kedua-dua mereka jarang berkongsi foto berdua di laman sosial masing-masing.

Menurut Nazim atau Nushrul Alif Othman, 34, keputusannya berpisah dibuat atas persetujuan bersama.

“Assalamualaikum, Salam Ramadan. Saya dengan rasa berat hati dan dukacita ingin memaklumkan bahawa di atas persetujuan bersama, perkahwinan saya dan Bella Dally telah berakhir.

“Saya dan Bella ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih atas doa-doa yang baik untuk kami selama ini,” tulisnya yang telah mendirikan rumah tangga pada 10 September 2016.

Bagaimanapun Nazim tidak mendedahkan punca perceraian namun menyifatkan apa yang berlaku adalah atas kekhilafan mereka sebagai manusia biasa.

“Sesungguhnya segala keindahan itu datang dari-Nya dan semua kekurangan itu hadir atas kekhilafan kami sebagai manusia biasa.

“Allah maha mengetahui atas segala sesuatu, maha pengampun lagi maha penyayang,” tulisnya lagi.

Sementara itu, Bella menerusi Instagram miliknya pula memberitahu perkahwinan di antara mereka tidak berhasil dan mereka telah sedaya upaya cuba memperbaiki kelemahan masing-masing.

“Kenapa? Apa yang terjadi? Itu adalah soalan yang ditanya termasuk keluarga kepada saya.

“Untuk pendekkan cerita, perkahwinan kami tidak menjadi dan kami telah lakukan yang terbaik tetapi tidak berhasil,” katanya.

Mungkin itu jalan terbaik buat mereka berdua. Semoga kedua-duanya dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. –KLICK.MY

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.