Hiburan Terkini

Tiada Anak Antara Punca Rumah Tangga Deja Moss Berantakan

PENYANYI Deja Moss mengesahkan bahawa suaminya, Azfendy Datuk Azzuddin Ahmad telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur minggu lalu.

Deja atau nama sebenarnya, Sharifah Hadijah Wan Moss juga tidak menafikan bahawa mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

“Dia yang nak cerai jadi biarlah dia yang fail cerai. Sepatutnya Rabu lalu, kami bertemu di mahkamah tapi saya sibuk sangat.  Sekarang tunggu tarikh baru,” katanya kepada Sinar Harian.

Ditanya punca perceraian, ulas Deja, antara alasan adalah kerana mereka tidak mempunyai anak.

“Saya sedia bermadu tapi entahlah… yang pastinya apa yang boleh saya katakan adalah mungkin kami sudah tiada jodoh.

“Saya reda bercerai. Bagi mengelak terlalu memikirkan mengenai perkara ini sekarang saya tumpukan kepada kerja-kerja amal melalui Kembara Amal Ventures dan menghambakan diri kepada Pencipta,” ujarnya yang kini sudah berhijab.

Deja dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 namun tidak dikurniakan zuriat. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.