Gaya Hidup

‘The Kampung Boy’ Muhammad Syukur Khamis Terima Anugerah Khas

DIA hanya kanak-kanak biasa yang tinggal di kampung. Ketika kanak-kanak pada usianya sibuk bermain gajet, Muhammad Syukur Khamis, 14, hanya mengisi masanya ‘berkawan’ dengan alam.

Namanya mula menjadi terkenal selepas gambarnya bersama sekawanan kerbau tular di media sosial.

Gambar hasil karya jurugambar Dollah Deen Photography itu muncul juara peringkat Asia, selain turut tersenarai antara 20 gambar terbaik dunia, baru-baru ini.

Rata-rata terpesona dengan keindahan dan keakraban Syukur dengan kerbau selain teknik penggambaran yang dilakukan oleh jurugambar.

Kisah Syukur mendapat perhatian pelbagai pihak dan terbaharu, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin ini menerima Anugerah Pelajar Unggul.

Anugerah yang diterima daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Terengganu itu sebagai penghargaan kepadanya yang mempunyai kelebihan unik sehingga dilihat begitu mesra dengan kerbau peliharaannya.

Semoga keakraban dan kasih sayang terhadap sesama makhluk yang ditunjukkan oleh Syukur menjadi contoh dan teladan kepada semua. –KLICK.MY

Foto: Dollah Deen Photography / Bernama