Luar Negara Terkini

Terusan Venice Kering Kontang Selepas Fenomena Supermoon

PERNAHKAH anda melancong ke bandar Venice, Itali yang terkenal dengan terusan yang dipenuhi gondola-gondola?

Bagi yang pernah, pasti terpesona dengan kecantikan pemandangan yang ada di sana. Bandar Venice menjadi tumpuan pasangan kekasih dan suami isteri untuk berbulan madu kerana ia merupakan tempat romantik terkenal dunia.

Paling terkenal di bandar ini sudah pasti terusan-terusannya yang dipenuhi dengan gondola-gondola. Tidak lengkap anda ke sana kalau tidak cuba menaiki gondola ini.

Namun, baru-baru ini terusan-terusan terkenal tersebut dilihat kekeringan air hingga menyebabkan aktiviti-aktiviti pelancongan seperti menaiki gondola terjejas.

Gambar-gambar yang diambil sekitar 31 Januari sehingga 1 Februari lalu menunjukkan terusan di sekitar Venice yang kering kontang.

Ada beberapa faktor yang menjadi punca kepada penyurutan paras air, antaranya adalah cuaca yang sejuk, kekurangan jumlah hujan dan fenomena Supermoon pada 31 Januari baru-baru ini yang telah memberikan kesan kepada pasang surut air.

Keadaan itu menyebabkan suasana cantik dan romantik hilang serta-merta. Apa yang ada hanyalah lumpur kotor dan deretan bot serta gondola yang tersadai.

Di sesetengah kawasan di Venice, paras air di terusan surut sehingga dua kaki. Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Venice dilanda fenomena kemarau yang luar biasa dan fenomema ini telah mengakibatkan banyak aktiviti pelancongan dan pekerjaan terjejas teruk. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen