Viral

Teruk Dikecam, Faiz Roslan Mahu Diamkan Diri Sehingga Raya

PADA petang Isnin yang lalu, Instafamous, Faiz Roslan menerusi video live Instagram secara terbuka mengaku dia tidak berpuasa kerana tidak bersolat.

Pengakuannya itu menerima pelbagai reaksi dan kecaman orang ramai termasuk golongan artis.

Malah, isu tersebut juga mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang menjemput Faiz bertemu dengannya.

Tidak tahan diasak dengan pelbagai kecaman, selebriti media sosial ini terpaksa menyahaktifkan akaun Instagram miliknya.

Namun Faiz memuat naik beberapa status di Twitternya malam semalam memutuskan untuk mendiamkan diri buat sementara waktu.

“Saya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri daripada media sosial sehingga raya.

“Ya, ada orang kata saya boleh larikan diri dekat media tapi bukan dekat netizen dan Allah. Saya tahu tu,” katanya menerusi akaun Twitter @thefaizroslan.

Menyedari ramai yang marah dengan tindakan yang keterlaluan itu, Faiz akur dan menerimanya dengan hati terbuka.

“Saya akan berhenti membuat video untuk waktu yang lama. Now I got the lesson (Saya kini mendapat pengajarannya),” katanya.

Faiz kemudian memohon maaf sambil mengakui imejnya kini tercalar berikutan ramai yang melemparkan kata-kata cacian terhadapnya.

“Kita sesama manusia memaafkan satu sama lain. Saya minta maaf. Sudah banyak tweet yang buruk pasal saya, video saya di explore IG (Instagram), macam-macam lagi, well nama dah kotor, apa boleh buat.

“Sekarang saya reda dan saya akan mendiamkan diri untuk sementara waktu,” tambah Faiz di Twitter sebelum akaun tersebut turut dinyahaktifkan awal pagi tadi.

Semoga selama mendiamkan diri, Faiz dapat merenung apakah yang dilakukannya hingga membuatkan masyarakat marah dengannya.

Biarlah kemunculannya selepas raya nanti, dia tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan. –KLICK.MY

Sumber: mStar Online

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.