Sensasi Terkini Viral

Tersilap Langkah, Dukun Kebal Mati Tertikam Jantung Sendiri

Dek percaya dirinya kebal, seorang dukun tersilap langkah apabila aksi beraninya itu tidak menjadi.

Dia secara tidak sengaja menikam jantungnya sendiri dalam satu persembahan untuk membuktikan kekebalannya.

Insiden itu menyaksikan dukun berkenaan, Theprit Palee meninggal dunia selepas membuat aksi ketika persembahan tarian tradisional di hadapan sekumpulan penonton.

Kejadian berlaku di Chiang Mai ketika Theprit yang mendakwa kebal akan menikam dadanya dengan sebilah pedang hingga mata senjata itu patah.

Satu rakaman video yang dirakam seorang penonton menunjukkan Theprit menikam dadanya tetapi pedang itu tidak patah sebaliknya menusuk badannya.

Theprit dilihat segera mencabut pedang berkenaan dan beredar untuk mendapatkan bantuan tetapi dia rebah dan meninggal dunia ketika tiba di hospital.-KLICK.MY