Sensasi Terkini Viral

Terkejut, Pemandu Bas ‘Menggila’ Di Lebuh Raya

Sebuah keluarga berdepan detik cemas ketika pulang dari majlis perkahwinan di Genting Highlands apabila bertembung dengan seorang pemandu bas yang memandu secara berbahaya.

Kejadian tersebut sempat dirakam dengan lensa kamera telefon bimbit dan dimuatnaik dalam laman sosial.

Pengguna Facebook, Tunku Khalsom Ibrahim memperincikan kejadian itu berlaku di lebuh raya Karak ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands pulang ke Kuala Lumpur (KL).

Katanya, dia bersama bayinya berusia setahun dan ibunya memandu kereta. Ketika itu, mereka memasuki terowong Karak. Sebuah bas persiaran dengan tulisan Darul Naim 09 di belakangnya dan nombor plat WWU5909 meluncur dengan laju ke dalam terowong di lorong kanan.

Terkejut melihat bas itu terlalu laju, ibunya membunyikan hon agar pemandu bas itu memperlahakan kenderaannya. Namun, sangkaan mereka meleset sebaliknya pemandu bas membalas hon dan memotong kenderaan mereka.

Tidak lama kemudian mereka berjaya memotong kembali bas tersebut. Namun apa yang tidak disangka, bas berkenaan cuba mengejar dengan mencelah-celah kenderaan lain seperti yang boleh dilihat dalam video.

Akhirnya mereka berjaya melepaskan diri setelah sampai ke plaza tol. Tunku Khalsom berkata dia dan ibunya memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan sedang menunggu jawapan.

Melihat klip video yang tersebar itu, macam menonton filem pula. Bayangkan kalau bas itu terbalik, terbabas atau melanggar kenderaan lain, pasti ramai nyawa yang melayang.-KLICK.MY