Sensasi Terkini Viral

Terkejut, Laici Tidak Halal Dijual Halal!

Seorang pengguna Facebook, Mohd Mustakim telah memuatnaik setin laici yang dibeli di sebuah pasaraya terkenal di Kuantan, Pahang yang disyaki tidak halal.

Menurutnya, apabila sampai ke rumah, kelihatan laici dalam tin yang dibeli seperti lain daripada yang lain. Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, lantas dia menanggalkan pembalut kertas pada tin tersebut.

Alangkah terkejutnya setelah kertas pembalut tertanggal, rupa-rupanya masih ada lagi satu pembalut kertas yang tersembunyi. Apabila dilihat betul-betul, tertera jenama dan tulisan Cina dan tiada tanda halal.

Merasakan tertipu, lantas dia siarkan di Facebook agar pengguna lain tidak tertipu. Rata-rata netizen mengecam pasaraya tersebut kerana menjual barangan tidak halal kepada pengguna Islam.

 

Jadi, kalau mahu beli laici dalam tin, berhati-hatilah walaupun jenamanya berunsurkan Melayu atau Islam. Moga kes ini dapat disiasat dengan adil dan saksama.-KLICK.MY

Tag